Kemudahan Asas & Riadah

Kampung Gebok ini mendapat semua keperluan asas sesuai dengan arus pembangunan masa kini. Penduduk kampung ini mendapat bekalan elektrik, bekalan air bersih, masjid, surau, balai raya, gelanggang badminton dan sepak takraw, taman bimbingan kanak dan kemudahan2 lain. Penduduk kampung ini juga menikmati jalan raya berturap diseluruh kawasan kampung dan boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan berat.

Adalah diharapkan agar pihak kerajaan sentiasa menyalurkan kemudahan2 untuk penduduk kampung ini menikmati arus pembangunan sekarang dan masa depan.



.
Masjid Nurul Iman, Kg. Gebok
Nama asal Masjid Nurul Iman, Kg. Gebok ini adalah Masjid Kariah Gebok dimana kedudukan asalnya adalah lebih kurang 500 meter diseberang jalan dari lokasi masjid sekarang. Dibina pada tahun 1965, yang mana pengasasnya adalah penduduk setempat dan didirikan diatas tapak berkeluasan 0.75 ekar yang diwakafkan oleh Hajjah Siti binti Haji Ali.

Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh Dato' Dagang Yahya bin Hj. Abdullah. Masjid ini pernah diperbaiki dan diperbesarkan pada tahun 1982. Oleh kerana perkembangan pembangunan persekitaran dan pertambahan penduduk setempat, maka masjid ini tidak terkecuali dari terpanggil menyertai arus pembaharuan semasa.

Jesteru itu, perancangan untuk membina bangunan baru di lokasi yang strategik telah dikenalpasti dengan kos pembiayaan hampir setengah juta ringgit. Pada 11hb Mei 2000, tindakan pengambilan semula tanah di Lot 622 dan Lot 1210 telah dilaksanakan.
Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersempena dengan Majlis Penghayatan Islam Hadhari telah menyempurnakan perletakan batu asas masjid naru pada 2hb. Mac 2008.

Manakala pada bulan Mei 2008 pula, Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.275 juta dan peruntukan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Akhirnya,masjid ini telah dibina dibawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dengan perbelanjaan melebihi RM 4 juta. Masjid ini boleh menampung seramai 600-1000 jemaah dalam satu-satu masa.

Buat pertama kalinya pada hari Jumaat 16hb Jun 2010 masjid ini mula menggunakan nama " MASJID NURUL IMAN ". Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong pada 29 Julai 2011 bersamaan 27 Syaaban 1432 Hijrah. Semuga ahli kariah, muslimin dan muslimat dapat menjadikan masjid ini sebagai wadah terbaik untuk beribadat dan menimba ilmu untuk kehidupan dunia dan akhirat.



Papan Tanda Surau Al-Rashidiah Kg. Gebok

Surau Al-Rashidiah


Surau Al-Rashidiah Kampung Gebok

Surau ini telah dibina untuk menggantikan sebuah surau yang terdahulu. Pembinaan surau ini adalah mengikut rekabentuk terkini dan dilengkapi dengan semua kemuadahan asas yang diperlukan.Surau ini sering digunakan untuk majlis-majlis ceramah ugama, tempat pembelajaran fardu 'ain dan kifayah untuk penduduk setempat serta lain-lain program keagamaan dan kemasyarakatan.


Balairaya Kampung Gebok
Balai Raya ini adalah merupakan Balai Raya yang kedua bagi kampung ini. Dibina pada tahun 1998, ia menggantikan balairaya yang telah dibina terdahulu. Balai Raya ini ditadbir sepenuhnya oleh JKKK Kampung Gebok. Digunakan sebagai tempat menyalurkan maklumat semasa kepada penduduk setempat, tempat bermesyuarat pertubuhan-pertubuhan yang terdapat dalam kampung ini serta majlis keraian. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj.Mohd. Isa Samad yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.


Tabika KEMAS Kg.Gebok

Tabika KEMAS Kampung Gebok

Tabika KEMAS Kampung Gebok ditubuhkan pada 1hb. Januari 1983 dengan menumpang disekolah lama Kg. Gebok. Semasa menumpang, berbagai-bagai kesulitan yang dihadapi oleh guru dan pembantu. Didalam bangunan sekolah lama itu tiada bekalan elektrik dan air paip. Pembantu tabika terpaksa menumpang dirumah orang untuk mencuci pinggan mangkuk, mengambil air bersih. Suasana didalam bangunan Tabika panas kerana tiada kipas angin.

Apabila sebuah bangunan balairaya didirikan disebelah bangunan Tabika, barulah Tabika merasa sedikit selesa kerana elektrik dan paip air telah disambungkan ke bangunan Tabika. Semenjak tabika ditubuhkan, terdapat 3 orang pengerusi yang telah berkhidmat iaitu Tuan Hj. Mohd Nor bin Kassim, Encik Kamarulzaman bin Abu Bakar dan Encik Amin bin Darus. Pengerusi yang dilantik sekarang ialah En. Kamarulzaman bin Abu Bakar.

Terdapat tiga orang guru yang telah mengajar di Tabika KEMAS Kampung Gebok. Guru yang pertama ialah Pn. Haliza bt. Jamadin dan guru yang kedua ialah Puan Fatimah bt. Yunus. Puan Siti Rahayu binti Alyub ada guru yang bertugas di Tabika KEMAS buat masa ini. 

Setelah menumpang sekian lama dibangunan sekolah lama, Tabika KEMAS Kampung Gebok telah mendapat peruntukan untuk bangunan baru. Bangunan baru ini telah didirikan dari anak-pada bulan Julai 2007 dan telah siap dibina pada Disember 2007. Bangunan baru yang dibina atas tapak sekolah lama ini mula digunakan pada Januari 2008.

Semenjak berpindah ke bangunan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini, bilangan kanak-kanak yang dihantar ke Tabika ini semakin bertambah. Merekan adalah terdiri anak-anak penduduk tempatan dan juga Taman-Taman Perumahan disekitar kampung ini. Pada tahun 2009 jumlah bilangan kanak-kanak yang dihantar untuk mendapat pendidikan pra-sekolah di Tabika ini adalah seramai 31 orang.

Pusat Riadah " Teratak Kito "

Pusat Riadah berkonsep " Summer Camp " ini di majukan dan dimiliki oleh anak tempatan. Sedar dengan tanggung jawab untuk membangunkan kampung dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pembangunan ekonomi maka beliau telah mengusahakan pusat riadah ini setelah diberi galakan oleh rakan2 dan keluarga. Pusat ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran, tempat untuk mengulangkaji bagi pelajar2 dan tempat percutian keluarga. Dilengkapi dengan sebuah teratak yang unik, kolam ikan yang terdapat pelbagai spesis ikan untuk di pancing, pokok-pokok buah2an tempatan, lanskap yang menarik dan pelbagai kemudahan lain, maka pusat ini bakal menjadi tarikan pelancong kekampung ini dalam masa terdekat.



Wakaf ditengah kolam ikan "Teratak Kito"

Kolam Ikan, Pusat Riadah "Teratak Kito "

No comments:

Post a Comment