Saturday 7 November 2015


MADU KELULUT




Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)


KHASIAT MADU KELULUT

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:

1.   Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2.   Strok
3.   Kanser
4.   Hipertension
5.   Gaut
6.   Sakit-sakit sendi
7.   Menguatkan tenaga batin
8.   Anti-Penuaan
9.   Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita        yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

Serta penyakit-penyakit lain yang boleh dirawat dengan madu lebah biasa.

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Madu lebah kelulut ini juga mempunyai kadar antioksida yang tinggi serta kaya dengan antibiotic semulajadi. Kalau dibandingkan dengan madu lebah biasa, madu lebah kelulut lebih 2 kali ganda khasiatnya terutamanya untuk tenaga iaitu 20 gram madu lebah biasa menyamai 10 gram madu kelulut. 
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Dzulkifli Kamal bin Kamaruddin - 019 - 6277917



∞∞TERIMA KASIH∞∞

No comments:

Post a Comment