Friday 15 November 2013

Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan 2013

Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan adalah merupakan aktiviti wajib bagi penduduk kampung ini. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya Hari Ulangtahun Kemerdekaan untuk tahun 2013 telah diadakan pada malam kemerdekaan bermula jam 12.00 tengah malam. Upacara ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Mohd Razi Rasul (Imam 2) dan diikuti dengan upacara menaikkan bendera Malaysia diperkarangan Balairaya Kg. Gebok oleh Tuan Hj. Wan Chik Darus ( Nazir Masjid Nurul Iman Kg. Gebok ). Pihak JKKK kagum dengan kehadiran penduduk kampung ini untuk menyambut hari yang begitu bersejarah ini. Adalah diharapkan sambutan seumpama ini dapat diteruskan oleh penduduk kampung ini pada tahun-tahun yang akan datang. MERDEKA


Penduduk kampung bersedia untuk upacara Sambutan Merdeka

Sebahagian penduduk yang hadir

Beramai-ramai berkumpul diperkarangan Balairaya Kg. Gebok

Berbincang tentang acara sambutan

Salah seorang penduduk sedang mengambil gambar2 sekitar sambutan.

Beramai-ramai mengaminkan doa sebelum upacara menaikkan Jalur Gemilang

Imam 2 (Tn. Hj. Mohd. Razi Rasul) sedang membacakan doa

Imam 3 (Tn. Hj. Subakir Hj Ismail) turut hadir dan bersama-sama mengaminkan doa.

Pengerusi JKKK (Tn. Hj. Mohd. Isa Hussin) disamping Imam 2.

Menunggu saat menaikkan Jalur Gemilang selepas bacaan doa.

Nazir Masjid Nurul Iman sedang menaikkan Jalur Gemilang

Laungan 7 kali " MERDEKA "

No comments:

Post a Comment