Friday 15 November 2013

Majlis Korban Berkelompok Sempena Aidiladha 2013

Sepertimana lazimnya pada tahun-tahun yang lepas, penduduk kampung ini menyempurnakan Ibadah Korban secara berkelompok. Pada tahun ini majlis yang sama telah diadakan pada 15hb Oktober 2013 bermula jam 10.00 pagi sehinggalah selasai kira-kira jam 3 petang. Penyembelihan telah dilaksanakan oleh ketiga-tiga Imam Masjid Nurul Iman iaitu Tn. Hj. Mohd Nor bin Kassim, Tn Hj. Mohd. Razi bin Rasul dan Tn. Hj. Subakir bin Hj. Ismail. Penduduk yang hadir turut sama-sama bergotong royong menyempurnakan kerja-kerja korban ini sehinggalah ke peringkat pembahagian daging korban.Kaum wanita juga turut sama membantu dalam penyediaan sup tulang untuk hidangan penduduk yang hadir.

Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Peserta-peserta korban terdiri dari penduduk kampung ini dan ahli kariah Masjid Nurul Iman Kg. Gebok.Pengagihan daging-daging korban telah disempurnakan oleh Setiausaha Masjid Nurul Iman bersama Bendahari Masjid serta Tuan Bilal. 





Imam I ( Tn Hj Md Nor ) membacakan senarai nama peserta korban

Imam I sednag menyembelih lembu korban dengan dibantu penduduk
    
Penyembelihan yang telah dilakukan oleh Tn. Hj. Md. Nor ( Imam I )

Imam II  ( Tn. Hj. Mohd Razi Rasul ) bersedia untuk menyembelih lembu korban

Membacakan senarai peserta korban

Tn. Hj. Mohd Razi Rasul ( Imam II ) sedang menyembelih korban

Imam III ( Tn Hj. Subakir ) bersedia untuk melakukan penyembelihan korban

Tn. Hj Subakir ( Imam III ) sedang melakukan penyembelihan korban

Penduduk yang turut hadir di Majlis Korban Berkelompok 2013

Pengerusi JKKK ( Tn. Hj. Mohd. Isa ) turut sama memotong daging korban
Golongan belia turut sama bergotong royong menyempurnakan majlis ini

Penduduk bergotong royong memotong daging-dagin korban untuk diagih2kan.

Setiausaha dan Bendahari Masjid Nurul Iman membahagikan daging-daging korban

Tulang-tulang juga turut di bahagi2kan

Penduduk menunggu pembahagian daging korban

Pembahagian daging-daging korban kepada penduduk

No comments:

Post a Comment