Friday 15 November 2013

Kejohanan Sepaktakraw Sempena hari Kebangsaan 2013

Pergerakan Pemuda UMNO Kampung Gebok telah mengadakan satu Kejohanan Sepaktakraw Sempena Hari Kebangsaan 2013 bertempat di Gelanggang Serbaguna Kampung Gebok pada 15hb. September 2013. Selain dari pemain2 yang tinggal dikampung ini, pihak penganjur juga menjemput pasukan dari Kaum Orang Asli Kg. Gebok untuk sama-sama memeriahkan kejohanan ini.. Perasmian dan penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Kampung Gebok (Tn. Hj. Mohd Isa Hussin ) dan Ketua Pemuda UMNO Kampung Gebok ( En. Abd. Rashid Isa ). Syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO. Semuga program seperti ini akan berterusan dimasa2 akan datang.





Para Peserta bergambar ramai bersama Pengerusi JKKK sebelum perlawanan bermula


Pengerusi JKKK membuat sepakmula menandakan kejohanan bermula.

Pemain-pemain sedang memanaskan badan

Salah satu regu yang mengambil bahagian

Regu dari Perkampungan Orang Asli Gebok

Regu cilik turut mengambil bahagian

Satu lagi regu dari kaum Orang Asli Kg. Gebok

Regu dari Pemuda UMNO Kg. Gebok

Aksi pemain-pemain semasa pertandingan

Kita juga mempunyai pemain-pemain yang berkebolehan

Salah seorang pemain sedang membuat libasan

Pengerusi JKKK (Tn. Hj. Mohd Isa Hussin) berucap diakhir pertandingan

Regu Orang Asli yang mendapat tempat Ketiga bergambar bersama Pengerusi JKKK

Regu yang telah berjaya menjadi Johan

Bergambar ramai diakhir pertandingan

No comments:

Post a Comment